AkhirNya Gadis Ini Telah Berjaya Jumpa Lelaki Yang Dicari!! Saat Jumpa Sungguh Tak Sangka..

Uncategorized

“SEBAIK bertentang mata dengan dia, saya sebak dan menangis kerana dialah orang yang saya cari selama ini, yang sanggup membantu menolak kereta saya yang rosak ketika hujan lebat, Isnin minggu lalu,” kata Azliza Othman.

Kisah Azliza dilaporkan Harian Metro pada 24 Januari lalu selepas dia memuat naik status Facebook untuk mencari lelaki berusia 40-an yang sanggup menolak keretanya ketika hujan lebat sehingga ramai netizen salah faham dan mengecam tindakannya itu.

Menurutnya, selepas lima hari mencari, akhirnya dia berjaya mengesan lelaki terbabit, Kamalruzaman Ahmad, 43, sebaik menerima panggilan daripada seorang wanita.

Katanya, wanita itu yang enggan dikenali memberitahu tempat Kamarulzaman bekerja iaitu di kedai buku di Pekan Jitra.

“Mulanya saya berasa ragu-ragu untuk pergi ke situ, namun disebabkan semangat untuk bertemu orang yang membantu, saya nekad untuk pergi ke kedai buku berkenaan tengah hari tadi untuk mendapatkan kepastian.

“Sewaktu bertemu dengannya, dia memberitahu ada terbaca kisah saya tular di laman sosial namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana kejadian itu bukan di Batu 17 seperti yang saya nyatakan, sebaliknya di Padang Perahu, Jitra.

“Apabila saya beritahu yang dia adalah orang yang saya cari, dia hanya senyum dan saya kemudian mengotakan janji dengan memberinya wang sagu hati sebagai ganjaran kerana membantu saya tempoh hari,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Azliza yang juga pembantu klinik berkata, dia sangat terhutang budi dengan lelaki itu kerana sanggup berpatah balik membantunya dalam keadaan hujan lebat semata-mata untuk menolak Perodua Kancil miliknya yang rosak.

Katanya, ketika itu keretanya berada di tengah jalan di belakang treler dan sebaik menyedari kehadiran motosikal dinaiki Kamalruzaman, dia terus menahan motosikal itu.

“Saya tak sangka dia sanggup berpatah balik, betapa besarnya pengorbanannya ketika itu walaupun dia langsung tak kenal saya.

“Selepas bertemunya hampir 20 minit, saya sudah cukup puas hati dan dia beritahu pada saya yang dia mempunyai isteri dan empat orang anak,” katanya.

Azliza berkata, sejak kisahnya disiarkan dalam akhbar ini, ramai yang cuba menghubunginya termasuk menghantar pesanan melalui Whatsapp dan memberi laporan palsu selain meminta ganjaran yang dijanjikan untuk memberi maklumat mengenai lelaki itu.

Katanya, semua maklumat yang diberikan itu tidak tepat menyebabkan dia hampir berputus asa sehinggalah dia menerima panggilan daripada wanita itu, semalam.

“Tanpa fikir panjang, saya terus mencari orang yang sangat mulia itu dan dari riak wajahnya, dia seorang yang sangat baik dan lurus,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pembantu klinik di Jitra cuba menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat.

Usahanya mula mendapat perhatian sebaik dia memuat naik status Facebook bagi mencari individu berkenaan, tular.

Azliza berkata, tujuan dia memuat naik status berkenaan bukan untuk mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan usaha lelaki itu yang sanggup berhenti membantunya ketika kereta yang dipandunya berhenti di lorong kanan jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra ketika dalam perjalanan ke Perlis Isnin lalu.

ngonyelngonyel

======================================================================================
Hidup Anda Akan Berubah Selepas Anda Daftar Sistem Buat Duit Mudah ini, Dan Lihat Akaun Bank Anda Sarat Dengan Duit!
Boleh withdraw duit setiap hari terus ke akaun bank anda..tak perlu cari org. Duduk saja Duit Masuk Akaun bank.
Baca sepenunya info buat duit di sini => http://duit.ly/Cara Buat Duit Mudah
======================================================================================

loading...
No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Tarikh Untuk 2018 Waktu ARAFAH, Waktu Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa. Rugi Sangat Kalau Kita Tertinggal.

Di Arafah Asar pada tarikh 9 Zulhijjah 1438H hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H itu dikira waktu ARAFAH. Ustazah kata waktu paling mustajab berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pd 21.08.2018 kira2 pd jam 8.48pm-11.30pm pd masa ni semua kita di Malaysia pun boleh sama2 berdoa sekali. INGAT dr …

Uncategorized
Struggle betul jantan ni pakai heels sampai timbul urat kaki

Pernah ditegur banyak kali oleh pelbagai pihak termasuk para ilmuan agama, tetapi pemuda ini seperti tidak pernah mahu berubah menjadi insan yang baik dari terus dikecam netizen di media sosial. Nama Faiz Roslan kembali menjadi bahan kutukan netizen berikutan gaya pemakaiannya baru-baru ini yang dilihat keterlaluan sehingga memalukan diri. “Macam …

Uncategorized
SERAM ! Tikus Masuk Ke Dalam k3maluan pengantin perempuan Sampai M@ti

Pelik tapi benar! peristiwa ini jarang-jarang berlaku namun tak mustahil ia berlaku kepada kita serta orang yang terdekat dengan kita! Seorang pengantin perempuan bernama Ati yang tidur dalam keletihan selepas bersama suaminya di malam pertama terlupa mengenakan semula seluar dalam yang tertanggal ketika bersama. Akibatnya seekor ‘tikus jenis cincurut jantan …