Apek Sah tinggalkan Kelantan sertai pasukan berstatus bintang

Uncategorized

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya mencapai kata sepakat berhubung masa depan penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata Kafa memilih untuk melepaskan Apek ke Melaka United (MU) apabila pintu perpindahan kedua dibuka pertengahan bulan depan.

Malah, jelas usahawan batik itu, Apek turut bersetuju menyertai pasukan skuad Sang Kancil yang dikendalikan jurulatih Eduardo Almeida.

“Tawaran rasmi daripada Melaka United itu diterima atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa sama, Bibi turut memuji sikap profesional Apek yang dianggap sebagai satu pengorbanan besar kepada The Red Warriors (TRW).

“Baginya bakat yang ada tiada guna kalau tidak dapat membantu pasukan. Saya berterima kasih di atas pengorbanan yang dilakukannya itu demi Kelantan,” katanya.

Bibi turut mendoakan kejayaan penjaga gol berusia 29 tahun itu bersama pasukan baharunya.

“Semoga dia terus sukses bersama sebuah kelab yang hebat. Saya yakin dia dapat membantu pasukan baharunya kelak berbekalkan pengalaman dan kredibilitinya bersama Kelantan sejak 2009,” kata usahawan kelahiran Kok Lanas, Kelantan itu.

Sebelum ini Kafa terpaksa melepaskan Apek dan seorang lagi pemain senior, Mohd Badhri Mohd Radzi kerana kedua-duanya tiada dalam perancangan ketua jurulatih, Fajer Ibrahim.

Apek ketika dihubungi mStar Online turut mengesahkan dia akan angkat kaki apabila pintu perpindahan kedua dibuka pertengahan bulan depan.

Penjaga gol TRW itu berkata dia akur dengan keputusan Kafa yang sudah tidak lagi mahukan khidmatnya.

“Saya sah akan berhijrah. Perasaan saya bercampur baur, sedih kerana saya sudah lama bersama Kelantan apatah lagi pasukan ini sudah sebati dengan jiwa saya.

“Namun saya perlu berfikiran positif bahawa jodoh saya bersama Kelantan hanya sampai di sini sahaja tahun ini,” katanya.

Difahamkan selain Melaka United, khidmat Apek turut diintai Kuala Lumpur tetapi pasukan itu tidak membuat tawaran secara rasmi sebelum ini.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …