Punca Fajer Ibrahim lepaskan jawatan

Uncategorized

Ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim, menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sejurus anak buahnya tersungkur 0-2 kepada PKNP FC dalam aksi Liga Super di Batu Kawan, malam tadi.

Biarpun baru mengambil alih tanggungjawab itu Mac lalu bagi menggantikan Sathit Bensoh, Fajer memaklumkan keinginan itu menerusi pembantu jurulatihn, Yusri Che Lah.

Menurut Sinar Harian, jurulatih dari Syria itu mengesahkan berita itu serta melabel sikap pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendorongnya untuk melepaskan jawatan tersebut selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan.

“Pengurusan yang teruk, hanya presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) seorang sahaja yang memberi sokongan terhadap pasukan ini.

“Setiap kali mengharungi satu-satu perlawanan. saya berdepan masalah dengan pihak pengurusan. Saya akan bertemu presiden KAFA malam (tadi),” katanya ringkas.

Sementara itu, Bibi Ramjani meminta semua pihak agak tidak membuat sebarang spekulasi dan akan menjawab isu itu dalam Nadi Arena 7.30 malam ini.

Pelantikan Fajer mencuri perhatian apabila cenderung memilih pemain muda serta mengambil langkah berani menggugurkan beberapa pemain utama seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norfarhan Mohamed.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …