Ozil tidak layak sarung jersi Arsenal

Uncategorized

Bekas pemain Arsenal, Martin Keown, menyamakan kedudukan pemain tengah, Mesut Ozil, selepas mereka tersingkir dari Liga Europa (UEL), awal pagi ini.

Skuad kendalian Arsene Wenger, mengalami kekalahan 1-0 kepada Atletico Madrid di Wanda Metropolitano – sekaligus mati 2-1 secara agregat.

Ozil gagal memberikan impak buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, sekadar melepaskan satu percubaan tepat ke sasaran dalam aksi timbal balik.

Keown yang memenangi tiga gelaran EPL bersama Arsenal dan membuat lebih daripada 300 prestasi bersama kelab kecewa dengan penyembahan pemain kebangsaan Jerman itu.

“Ia bukan satu persembahan yang baik. Dia tidak memberikan impak. Ozil seperti menyimpan kuku dalam perlawanan ini, “katanya.

“Sama ada pengurus baru mampu menilai persembahannya, saya tidak tahu. Ia akan menjadi satu masalah yang besar kerana Wenger telah melaburkan banyak wang kepada pemain ini yang tidak selaras dengan prestasinya.

“Pada saya, Ozil tidak layak menyarung jersi Arsenal malam ini. Saya telah banyak melihat perkara yang sama berlaku dan ia perlu diberitahu kerana kami mengharapkan sesuatu daripada itu.

“Dia seorang pemenang Piala Dunia.”

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …