Kelantan Buat Kejutan benan Kuala Lumpur

Uncategorized

KOTA BHARU 5 Mei. – Kelantan mempergakan aksi luar biasa apabila mencatatkan kemenangan bergaya selepas menumpaskan Kuala Lumpur 4-2 paksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Kemenangan itu meredakan sedikit tekanan dialami Fajer Ibrahim selepas gagal melakar kemenangan dalam tiga perlawanan selepas mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih TRW

Turun tanpa kelibat Muhammad Ghaddar, barisan muda Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang Nik Azli Nik Alias pada minit ke-10.

Enam minit berselang, kesilapan penjaga gawang Kuala Lumpur, Ahmad Solehin Mamat yang terlepas bola selepas menyepak ‘angin’ berjaya dirampas oleh Shafiq Saharudin dan kemudian melepaskan rembatan kencang untuk gol kedua The Red Warriors.

Pelawat kemudian cuba bangkit menerusi dua peluang terbaik pada minit ke-21 menerusi Poulo Jusue dan Mohd. Asri Chuchu diminit ke-37, namun gagal dimanfaatkan dan keputusan 2-0 itu kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menjarakkan kedudukan apabila meledakkan gol ketiga menerusi Shafiq yang bijak memperdayakan barisan pertahanan Kuala Lumpur pada minit ke-67.

Minit ke-80, pelawat berjaya merapatkan jurang gol apabila ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin yang tidak dikawal menanduk kencang untuk menewaskan Mohd. Fikri.

Nik Akif Shahiran Nik Mat melengkapkan malam gemilang TRW apabila meledakan jaringan keempat tuan rumah pada minit ke-86.

Pelawat tidak mudah patah semangat sebaliknya bangkit dengan gol kedua menerusi tandukan Jafri Yahya pada masa-masa tambahan namun gagal untuk mengubah kedudukan.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …