Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

Uncategorized

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Fajer berkata, perlawanan terbabit dianggap bukti dan balasan setimpal di atas usaha keras pemainnya sepanjang berada di bawah kendaliannya.

“Seperti saya beritahu jika (pemain) selalu berusaha tidak kira ketika di padang latihan atau perlawanan sebenar, kita pasti mendapatkan tiga mata penuh,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

“Saya berbangga dengan semua pemain kerana bukan senang bagi pemain muda beraksi dalam suasana perlawanan liga utama, sudah pasti mereka akan dibezakan dengan pengalaman.

“Insya-Allah dengan pengalaman saya yang pernah melatih pemain muda di Syria yang kemudian membawa pemain muda ke skuad utama kebangsaan, saya yakin pasukan ini berkembang kerana itu akan diterapkan sepenuhnya dalam pasukan ini.”

Pada aksi malam tadi, sebanyak enam gol terhasil di stadium keramat Kelantan dengan jaringan dihasilkan Nik Azli Nik Alias (m-9); Shafiq Shaharuddin (m-15,68), Nik Akif Syahiran Nik Mat (m-88) sementara gol pelawat dihasilkan Indra Putra Mahyuddin (m-79) dan Zhafri Yahya (m-90).

“Saya bekerja di sini untuk Kelantan, untuk Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan…Dia (Bibi) amat menyokong pasukan dan dia juga seorang presiden bola yang bagus.

“Saya bukan bekerja untuk duit di Kelantan. Apa yang saya mahu adalah memastikan pasukan ini kembali mencipta nama dan memenangi setiap perlawanan,” katanya.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Real balas perbuatan Barca

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan kelab itu tidak akan memberikan ‘guard of honor’ kepada juara Liga Sepanyol, Barcelona apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi El Clasico, awal pagi Isnin ini. Barcelona mengesahkan kejuaraan liga musim ini, minggu lalu dan akan bertemu Real untuk aksi seterusnya. “Selepas Piala …