Real balas perbuatan Barca

Uncategorized

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan kelab itu tidak akan memberikan ‘guard of honor’ kepada juara Liga Sepanyol, Barcelona apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi El Clasico, awal pagi Isnin ini.

Barcelona mengesahkan kejuaraan liga musim ini, minggu lalu dan akan bertemu Real untuk aksi seterusnya.

“Selepas Piala Dunia Kelab, mereka enggan melakukannya untuk kami. Mereka mungkin akan mengatakan mereka tidak melakukannya kerana kami bukan dalam saingan liga ketika itu tetapi hal itu tidak benar.

“Kamu perlu menang Liga Juara-Juara untuk beraksi dalam saingan berkenaan dan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Ia bukan keputusan saya untuk menentukan ‘guard of honor’ tetapi mereka tidak lakukan untuk kami. Kami, tidak akan lakukan untuk mereka kerana mereka juga tidak melakukannya untuk kami.

“Kami menghormati apa yang dilakukan Barcelona untuk memenangi gelaran liga, bagi saya ia adalah paling sukar dan sesuatu yang bagus jika kamu boleh memenanginya. Namun, perkara ini berlaku, jika mereka tidak lakukannya untuk kami, kami tidak akan memecahkan tradisi hanya untuk mereka,” kata Zidane.

Insiden yang dimaksudkan Zidane adalah merujuk kepada apa yang berlaku sebelum pertemuan El Clasico pada 23 Disember lalu apabila Real yang pulang dari Emiriah Arab Bersatu sebagai juara Piala Dunia Kelab tidak mendapat ‘guard of honor’ daripada Barcelona.

Dalam perlawanan itu, Barcelona melakar kemenangan ke atas Real 3-0.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …