Ramos kecam tindakan Messi

Uncategorized

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi.

Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah.

Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca sebelum Cristiano Ronaldo – yang dikeluarkan ketika tamat babak pertama akibat kecederaan – menyamakan kedudukan tidak lama selepas jaringan penyerang Uruguay itu.

Walaupun Sergi Roberto dilayangkan kad merah sebelum aksi menuju rehat setelah menumbuk muka Marcelo, Barca kembali meraih pendahuluan menerusi Lionel Messi tetapi Gareth Bale memastikan Los Blancos pulang dengan satu mata.

Ramos menyifatkan Messi telah memberikan tekanan kepada pengadil, Alejandro Hernandez, ketika melalui terowong ke persalinan sewaktu tamat babak pertama.

“Messi memberikan sedikit tekanan ketika di dalam terowong,” kata Ramos kepada Marca.

“Saya tidak pasti jika terdapat kamera dan tidak tahu jika dalam separuh masa kedua, dia telah melakukan perkara sebaliknya.

“Ini adalah bola sepak dan segalanya ditentukan di atas padang. Selagi ia tidak mencederakan anda, anda harus menunjukkan rasa hormat,” ujarnya.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Elizad ganti Uqasha

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …

Uncategorized
Real balas perbuatan Barca

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan kelab itu tidak akan memberikan ‘guard of honor’ kepada juara Liga Sepanyol, Barcelona apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi El Clasico, awal pagi Isnin ini. Barcelona mengesahkan kejuaraan liga musim ini, minggu lalu dan akan bertemu Real untuk aksi seterusnya. “Selepas Piala …