Elizad ganti Uqasha

Uncategorized

PELAKON, Siti Elizad dipilih menggantikan pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu ditahan akibat disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada rakaman program Bochey And Friends Raya berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, semalam.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, dia dipanggil pada saat akhir selepas dimaklumkan pelakon itu tidak dapat memberi komitmen.

“Ketika dalam perjalanan pulang dari mengambil barang di FINAS, saya dihubungi wakil produksi dan menawarkan saya untuk terbabit dalam program ini.

“Memandangkan ia pada saat akhir, saya bertanya kena ganti siapa. Jadi, mereka maklumkan perlu menggantikan Uqasha atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Kebetulan tidak ada kerja lain, jadi saya okey saja. Dalam masa sama, mereka minta tolong,” katanya kepada Harian Metro.

Elizad yang juga pelakon drama Syurga Yang Kedua berkata, dia tidak dimaklumkan perkara sebenar kenapa Uqasha tidak dapat menghadirkan diri.

“Saya bukan jenis nak ambil tahu apa masalah orang. Namun, sewaktu menunggu rakaman berlangsung saya terbaca laporan berita mengenai Uqasha di laman Twitter.

“Dari situ baru saya tahu alasan utama dia tidak dapat hadir. Selepas itu, baru pihak produksi maklumkan perkara sebenar,” katanya.

Menurut Elizad, dia yang secara peribadi mengenali Uqasha mengakui terkejut dengan berita yang dilaporkan.

“Walaupun saya mengenali Uqasha, tapi saya tidak ada hak untuk mengulas atau beri komen. Apa yang berlaku adalah masalah peribadi. Saya doa yang terbaik saja,” katanya.

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized
Ramos kecam tindakan Messi

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi. Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos itu bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah. Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca …

Uncategorized
Isyarat bangkit Mengejutkan dari Fajer

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan …

Uncategorized
Real balas perbuatan Barca

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan kelab itu tidak akan memberikan ‘guard of honor’ kepada juara Liga Sepanyol, Barcelona apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi El Clasico, awal pagi Isnin ini. Barcelona mengesahkan kejuaraan liga musim ini, minggu lalu dan akan bertemu Real untuk aksi seterusnya. “Selepas Piala …